“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa,” ( Surah
al-baqarah ayat 183 – 185 )
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan
merupakan bulan yang amat dinanti-nantikan. Terdapat puluhan hadis Rasulullah
SAW yang menjelaskan berkenaan fadhilat puasa di bulan Ramadhan. Ternyata, ia
bukan sahaja bermanfaat umat Islam di akhirat kelak malah ia memberi faedah
yang besar pada kesihatan manusia di dunia ini.
Para
penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa memiliki banyak hikmah
dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan. Beberapa orang cendekiawan
telah melakukan beberapa kajian berkenaan puasa. Antaranya ialah :
1) Allan Cott, M.D
~ seorang pakar dari Amerika Syarikat.
Beliau telah
mengumpulkan hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan dari pelbagai negara
lalu menghimpunkannya dalam sebuah buku yang bertajuk ‘ Why Fast ‘ yang mengandungi pelbagai hikmah berpuasa. Antara hikmah
tersebut ialah :
Beliau juga
melaporkan terhadap penyelidikan psikologi bahawa puasa mempengaruhi darjah
kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin
berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak rajin berpuasa. Hasilnya menunjukkan
bahawa orang yang rajin berpuasa memperoleh markah yang jauh lebih tinggi dalam
ujian berbanding dengan orang yang tidak rajin berpuasa.
2) Dr. Yuri Nikolayev ~ Pengarah Bahagian Diet di Moscow
“ What
do you think is the most important discovery in our time? The radioactive
watches? Exocet bombs? In my opinion, the biggest discovery of our time is the
ability to make oneself younger physically, mentally and spiritually through
rational fasting.” – Dr Yuri Nikolayev
( Pada pendapat anda, apakah penemuan
terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Pada pendapat saya,
penemuan terbesar pada abad ini ialah kemampuan seseorang menjadikan dirinya
awet muda secara fizikal, mental dan spiritual melalui puasa yang rasional.)
3) Alvenia M. Fulton ~ Pengarah Lembaga Makanan Sihat
Fultonia di Amerika Syarikat
Beliau
mengatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk mempercantikkan wanita secara
semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Ia juga menormalkan
fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh.
“ Fasting
is the ladies best beautifier. It brings grace charm and poice. It normalizes
female functions and reshapes the body contour.” – Alvenia M. Fulton
3)
Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Mereka
berpendapat bahawa puasa adalah selamat kepada pesakit yang mempunyai gangguan
ulser. Selain itu, mereka turut menjalankan penelitian terhadap kesan puasa
ramadhan terhadap sakit perut. Ternyata berpuasa bukanlah punca kepada sakit
perut semasa bulan ramadhan. Sebaliknya, berpuasa dapat menyembuhkan
penyakit yang membabitkan perut.
“ Yang
banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan ke dalam
perut sebelum makanan dalam perut dicerna.” – Dr. Al-Harits
4)
Elson M. Haas M.D ~ Pengarah Medical Centre Of
Marin ( sejak 1984)

Beliau
mengatakan bahawa puasa merupakan sebahagian daripada trilogy nutrision, balancing
dan building(toning). Elson percaya
bahawa puasa adalah bahagian yang hilang dalam diet di dunia barat. Kebanyakan
orang barat makan terlalu banyak dan mengambil protein dan lemak yang
berlebihan. Beliau menyarankan agar orang ramai mengatur pemakanan agar lebih
seimbang di samping berpuasa. Ini kerana puasa bermanfaat sebagai:
6)
Dr Sabah Al-Baqir dan kawan-kawan
Mereka
mengatakan bahawa puasa dapat mengurangkan jumlah hormon melawan stress. Beliau
bersama kumpulannya dari Fakulti Kedoktoran Universiti King Saud melakukan
kajian terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol pada tujuh orang lelaki
yang bepuasa. Hasilnya menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perubahan
signifikan pada level kortisol, prolaktin dan insulin. Ini membuktikan bahawa
puasa bukanlah pekerjaan yang yang memberatkan kerana ia tidak mengakibatkan tekanan
mental mahupun saraf.
7)
Dr. Riyahd Sulaiman dan kawan-kawan
Pada tahun
1990, beliau dan kumpulannya dari Universiti King Khalid Riyahd Saudi melakukan
penelitian berkenaan pengaruh puasa ramadhan terhadap 47 orang penderita
diabetes tahap kedua. Hasilnya menunjukkan bahawa sejumlah orang pesakit
tersebut sihat. Ini membuktikan bahawa puasa ramadhan tidak menimbulkan
penurunan berat badan yang signifikan. Tidak terdapat sebarang kesan yang besar
terhadap kawalan penyakit diabetes dalam kalangan penderita ini. Setakat ini,
puasa ramadhan adalah selamat bagi penderita diabetes selagi ia dilakukan
sengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.
8)
Dr Muhammad Munib dan kawan kawan ~ Turki
Mereka telah
melakukan kaji selidik terhadap 100 orang responden muslim. Sampel darah mereka
diambil sebelum
9)
Dr Alexis Carel
~ seorang doKtor antarabangsa
Beliau
pernah memperoleh anugerah dalam bidang kedoktoran hasil kajiannya yang
menyatakan bahawa berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa juga dapat menyegarkan dan menyihatkan
tubuh. Perut yang sentiasa bekerja melakukan proses pencernaan juga perlu
berhenti buat sementara waktu. Ketika berpuasa itulah perut kita dapat berehat
dan mendapat kesegaran untuk bekerja semula.
Perut kita ibarat enjin kereta yang mungkin
tidak akan bertahan dengan lama jika dipaksa untuk bergerak tanpa henti. Sudah
tentu kereta tersebut perlu diservis supaya ia dapat berjalan dengan lancar
tanpa gangguan. Begitu juga halnya dengan perut kita yang lebih kompleks
daripada kereta. Ia perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan.
Malah adalah lebih baik sekiranya ia diservis setiap bulan dengan berpuasa.
10)
Dr Mac Fadon ~
doktor dari Amerika
“ Puasa
adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan
perut.” – Dr. Mac Fadon
Banyak
kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar
berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Hasil kajiannya juga
menunjukkan bahawa puasa juga dapat menajamkan minda.
Dalam ilmu
biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan
proses pencernaan kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada
kerja-kerja penghadaman makanan. Ini menyebabkan apabila kita makan sehingga
terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah dan tubuh akan berasa mengantuk
serta malas.
Ketika
berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini membolekan otak
bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal dengan berkesan.
Puasa sudah
diakui sebagai penyembuh terhebat dalam menangani penyakit. Sebagai seorang
muslim, marilah kita bersama-sama berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Janganlah
kita berpuasa hanya kerana mengikut orang lain berpuasa. Maka hayatilah
kelebihan berpuasa yang bukan sahaja bermanfaat buat kita di akhirat kelak
malah bermanfaat buat tubuh badan kita agar kita sempurna di dunia mahupun di
akhirat. Wallahualam…








No comments:
Post a Comment